Pages - Menu

Saturday 20 July 2013

Baby car seat



Umairah dan Hubbuna 

Bismillah...Assalamualaikum semua...

Terdetik di hati ummi nak share pentingnya baby car seat kepada anak2 kita bila ummi terbaca berita tentang kemalangan yang menyebabkan seorang budak diseret oleh kenderaan lain sejauh beberapa meter setelah tercampak keluar dari kereta. Sayu rasa di hati ini apabila mengetahui rupanya ada seorang lagi tercampak keluar ke arah belukar tetapi terselamat.. dalam kegelapan malam ayahnya mencari kanak-kanak ini kerana disangkakan masih ada di celah-celah belukar sedangkan anaknya telah terseret dan tinggal cebisan-cebisan sahaja di atas jalan.. Ya Allah.. sememangnya syurga untuk kanak-kanak itu yang belum kenal dunia..

Perlukah kita mempraktikkan baby car seat ini kepada anak2 kita..? bagi ummi memang perlu.. kita haruslah berusaha untuk mengelakkan berlakunya kemalangan kepada keluarga kita ketika memandu tetapi jika ditakdirkan terjadinya kecelakaan maka dengan usaha kita mengajar anak2 duduk dengan baik di kerusi mereka di dalam kereka diharapkan supaya kecederaan yang berlaku kepada anak2 tidak akan menjadi terlalu serius.

Memang susah untuk mengajar anak-anak duduk dengan betul dan tenang ketika dalam kereta tetapi perkara ini tidaklah mustahil.. ummi dan abi sendiri telah cuba kepada anak-anak ummi.. alhamdulillah Allah telah mempermudahkan.. pada awalnya memang berlaku riuh rendah dalam kereta dan rengekan dan tangisan anak2.. tetapi perkara yang baik ini janganlah kita hentikan kerana kasihankan anak2 yang asyik menangis tidak mahu duduk di tempat duduk mereka.. bersabarlah dan cubalah untuk tidak mempedulikan tangisan mereka selama beberapa hari.. akhirnya mereka sendiri akan diam dan tahu tempat duduk masing-masing bila menaiki kereka..

InsyaAllah akhirnya kita rasa seronok apabila menaiki kereta kerana anak2 tidak akan bergerak kesana-kemari di dalam kereta sesuka hati mereka yang akhirnya boleh menyebabkan kecederaan... kita pun sebagai ibu bapa tidak akan pening kepala terjerit-jerit supaya mereka duduk diam-diam di dalam kereta walaupun secara semulajadinya kanak-kanak memang tidak akan duduk diam.. thumbs up

No comments:

Post a Comment