Pages - Menu

Monday 19 May 2014

Kuala Terengganu

Assalamualaikum..
kenangan lama yang baru nak masuk post blog
secebis kenangan yang penuh bermakna.. berkampung di Kuala Terengganu selama 2 minggu apabila abi tersayang berkursus di Hospital Kuala Terengganu.

Cuaca yang panas terik di sana menambah kerisauan ummi apabila anak-anak mula demam sebaik tiba di Terengganu. Kasihan abi,hari pertama berkusus lagi terpaksa pulang awal untuk bawa anak-anak ke hostpital pula. Alhamdulillah, lama-kelamaan semuanya semakin ok dan selesa di homestay.

Homestay? ,, bercuti lama-lama tak berbaloi rasanya nak duduk di hotel. Setelah lama berfikir dan berbincang rasanya inilah tempat paling strategik dan baik untuk semua. Dekat dengan hospital dan mudah juga ummi nak memasak..kalau duduk di hotel susah nak memasak untuk anak-anak kecil kan.. tambahan lagi tempat ini berdekatan dengan pantai, memang seronok petang-petang ke tepi pantai.

Banyak aktiviti yang boleh kita lakukan di sini tapi masa tidak mengizinkan kerana jadual abi yang sangat padat.
masjid_kristal

masjid kristal_aircond lantai

masjid_kristal view

umairah and buna riding horse

again


amru_abi

dan yang paling seronok di terengganu.. kepok leko..  masa ngandungkan amru, ummi teringin nak makan. Bila dah ade di sana.. memang seronok sangat dapat makan sepuas-puasnya. Sekarang pun kalau teringat terengganu mesti teringin sangat nak makan kepok lekor ganu yang sedap tu.

Sebenarnya ini adalah kali kedua ummi ke sana selepas pertama kali semasa di USM dulu menghadiri kursus yang dianjurkan oleh Yayasan TM iaitu CIEP (Certified Intensive English Program) selama 2 bulan di Marang. Sekarang kita dah tinggal di Kelantan insyaAllah.. bila-bila nak pergi makan keropok lekor lagi tak jauhla ye..

Balik dari terengganu, anak-anak suka sangat nak naik kuda lagi, walaupun di kelantan ni ramai yang bela kuda tapi tak sure pula ummi di mana yang provide horse riding dengan kereta kuda. 

Baru-baru ni berjalan-jalan ke Pantai Sri Tujuh, rupanya-rupanya dah ade kawasan untuk menaiki kuda di situ. Harganya Rm 3 sorang untuk kanak-kanak. Alhamdulillah.. nanti kita pergi lagi ye anak-anak ummi sayang.

 thanks abi for all the happinest.


Sunday 27 April 2014

Homemade ice-cream

Bahan:

1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat
1 biji telur
2 sudu esen vanilla
2 sudu ovalette
perasa: biskut areo/ milo / koko/ banana/  dsb mengikut citarasa

Cara: 
  1. Blend semua bahan selama 20 minit
  2. Masukkan ke dalam bekas 
  3. Masukkan ke dalam peti sejuk.




oreo tabur dan milo




Wednesday 23 April 2014

Halaman rumah yang cantik- idea stepping stone


Assalamualaikum.. sejak berpindah masuk rumah ni.. tercari-cari idea nak mendeko halaman rumah. Bila bertanya kepada en google, nampaknya banyak rumah prefer letak stepping stones yang memang menyerlah sangat kecantikan taman di rumah. Jom survey 











Tuesday 4 March 2014

Projek mengecat pintu pagar rumah


Assalamualaikum.. Secebis kenangan untuk di blogkan.. terima kasih abi memenuhi permintaan ummi mencatkan pintu pagar rumah yang dah lama berkarat ni dengan warna putih,warna kegemaranku. Nanti ummi belanja lagi na..

Putih itu bersih dan indah.. bila ade mase lagi kita cat pagar pulak ye. Kena cat bilik along dulu, setiap hari asik bertanyakan biliknya yang belum siap cat purple.. anak ummi sayang bilik itu dah cantik dengan warna kuning kena tukar warna purple ye.. nanti ummi fikirkan kombinasi colour yang menarik, purple tu macam gelap je kan.

Mula pindah masuk ke rumah ini pada hari raya puasa 2012.. pintu pagarnya berwarna coklat tua seakan-akan berkarat dan pagar pula di warnakan dengan ungu cerah dan hijau tua. alhamdulillah.. suasana kampung yang tenang, petang-petang boleh ronda-ronda naik  motosikal tanpa helmet..


tolong tengok je ke umairah

Wednesday 26 February 2014

Cuaca sejuk di kelantan awal 2014

Assalamualaikum, 

Entry kali n iummi nak masukkan gambar-gambar anak-anak ummi tatkala cuasa sejuk melanda pantai timur terutamanya di Kelantan dan Terengganu pada bulan Januari 2014. Disebabkan sejuk dari siang sampai ke malam, kita terpaksa memakai stokin dan baju sejuk. Comel pulak anak-anak ummi pakai baju sejuk ala-ala korea ni. 

Ummi pernah ternampak baju sejuk ni di Mydin,tapi dah habis agaknya jadi on the way balik rumah kita try singgah kedai bundle yang banyak berdekatan rumah kita. Alhamdulillah, ummi digelakkan oleh abi sebab tak pernah beli baju bundle. Sekali beli 3 helai hehehe.. terkejut sebab murah kot. Harga baju sejuk lengan panjang tu RM 10, dan yang lengan pendek RM 5. Semua baju boleh dipisahkan topinya. Berbaloi jugak beli ni.

Cuaca sejuk yang melanda kelantan pada Januari2014 adalah disebabkan oleh musim Monsun Timur Laut yang turut membawa tiupan angin sejuk darikawasan sejuk seperti di China dan Siberia.

umairah

hubbuna

sedia nak ke tadika

wajdi dan umairah

Wednesday 12 February 2014

Jalan-jalan ke Zoo Taiping Perak


Assalamualaikum, Februari 2014

Dear anak-anak ummi dan abi,
Ini adalah gambar kita di Zoo Taiping. Dah lama ummi dan abi ingin membawa anak-anak ke sini,cuma belum berkesempatan. Alhamdulillah akhirnya kita sampai juga. Bukan ape sayang, ummi tungu anak-anak ummi besar sikit dan boleh memahami dan kagum dengan ciptaan Allah di sini. Dapat tengok haiwan secara real.. seronok kan..

Bertolak besama Tok ba, Tok mami dan Pak Di, kita berjumpa dengan Mek Uda dan Mak cik dirumah Paklong Razi dan Maklong Yati di Kuala Kangsar.. disamping menziarahi rumah baru mereka, dapatlah kita menumpang tidur semalam di sini. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.

Jika dulu harga tiket agak murah tidak termasuk tambang naik keretapi mini, tetapi kali ini harga tiket masuk kira-kira RM 15 seorang dan tiada bayaran untuk naik keretapi mini. Alhamdulillah..seronok anak-anak dapat naik keretapi sambil melihat haiwan-haiwan di dalam zoo. Dalam banyak haiwan-haiwan yang ada, tak sangka ummi anak-anak  suka tengok ikan dan memerang. Mungkin kerana haiwan yang berenang ini tidak statik seperti haiwan-haiwan lain kan..

InsyaAllah jika ade kelapangan masa, kita akan berkunjung lagi ke sini.


amru tengok memerang berenang

Amru dan Tok ba

Buna