Sekarang ummi nak share teknik ni dengan semua ibu2 supaya kita akan lebih bersedia dan seronok dalam tempoh berpantang nanti kerana tiada sebarang jahitan dibahagian sulit kita. Ini membolehkan kita bergerak dengan lebih bebas dan mudah untuk membuang air dan cepat sihat dengan pemakanan yang seimbang. Kalau ibu2 semua nak tau, hari ketiga masa berpantang ummi dah pun turun dapur hahaha.. mesti kena marah dengan orang tua kalau tau ni.
InsyaAllah.. kita cuba usahakan apa yang terbaik untuk diri kita dan bayi kita.. selebihnya kita berdoalah dengan penuh yakin dan mengharapkan supaya Allah akan mempermudahkan proses kelahiran anak-anak kita kelak.
Sedikit info tentang urutan perineum di sini Perineal Massage
Urutan Perineal(sumber majalah PaMa)
Urutan yang dilakukan di bahagian perineum amat digalakkan kerana ia sedikit sebanyak dapat membantu anda memudahkan proses pelahiran yang bakal dilalui dan mengurangkan risiko koyak semasa meneran. Anda digalakkan untuk memulakan urutan ini iaitu di antara bahagian dubur dan faraj bermula daripada minggu ke-34 kehamilan sehinggalah ke saat mahu melahirkan. Sebelum melakukan rutin urutan, pastikan jari anda benar-benar bersih. Urutan ini boleh dilakukan dengan menggunakan minyak tertentu yang berasaskan sumber bahan semula jadi. Antaranya minyak kelapa dara, minyak zaitun dan lain-lain. Dalam pada itu, elakkan penggunaan minyak bayi ataupun jeli petroleum. Namun, anda dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu.
Teknik urutan perineum
- Pastikan kuku dipotong dengan bersih dan kemas sebelum melakukan urutan.
- Gunakan minyak kelapa dara ataupun minyak zaitun paling mudah tetapi boleh saja menggunakan perineum gel.
- Letakkan satu atau 2 jari di bahagian dalam vagina.
- Tekan otot perineum kebawah dalam bentuk pusingan u selama beberapa minit.
- Lakukan setiap hari insyaAllah otot bahagian ini akan menjadi lebih elastik dan membolehkan bayi keluar tanpa kesan koyakan.
Saya pun baru try, guna MKD Bio-Asli:- http://www.bio-asli.com/images/a-vcop-baru%20copy.jpg
ReplyDeleteSalam, daripada anak first nak buat urutan ni tapi tak buat2.. mujur beranak senang walaupun baby besar2 hehe.. inshaALLAH ni dah mula buat urutan perineal untuk no 4 ni :)
ReplyDeleteWah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Kurangkan risiko di jahit selepas bersalin. Penting untuk ibu yang mengandung anak sulung, supaya nanti senanglah nak meneran. Baby besar pun tiada masalah.
ReplyDelete