Pages - Menu

Sunday 23 June 2013

Petua ketatkan miss v untuk para ibu yang bersalin

Petua ni ummi dapat dari bidan yang mengurut ummi, alhamdulillah kak Yah bidan ni byk memberi petua kepada ibu-ibu yang baru bersalin..dan dia juga tidak meminta pengeras selepas mengurut dan ini membuktikan bahawa beliau bukanlah budan terjun ye bahkan bidan yang mendapat latihan daripada hospital., bukan yang tiba2 dapat ilmu bidan dalam mimpi tu.. kita sebagai orang islam haruslah mengambil berat perkara seperti ini kan..

Petua yang ummi nak kongsi ni terbukti berkesan dalam masa singkat iaitu beberapa hari sahaja.. yang penting ibu-ibu mestilah konsisten dalam melakukannya..

  1. Ambil beberapa ruas kunyit hidup (seperti gambar di atas), buang kulit dan potong sehingga menjadi hirisan nipis.
  2. Masukkan kedalam periuk (yang ummi belajar di darussyifa, dalam perubatan islam lebih elok gunakan periuk tanah liat) tetapi boleh saje guna periuk biase tu. Tambahkan air sehingga penuh.
  3. Rebuskan bahan sehingga air menjadi separuh. (ummi tambahkan gula untuk sedap di minum)
  4. Masukkan dalam botol dan simpan di dalam peti sejuk untuk tahan lama.
  5. Minum setengah gelas setiap hari.. mulakan dengan basmallah, selawat ke atas nabi, selawat syifa dan niatkan (untuk suami kite yang tersayang ye :))

InsyaAllah... cubalah :)

Sebagai tambahan, kalau boleh lakukan petua ini selepas hari ke 40 jika ibu-ibu menyusu badan ye, sbbnye menurut Kak Yah bidan ni, bahan ni agak panas jadi risau efek kepada kita dan baby.. jadi tunggu hingga baby besar sikit..

No comments:

Post a Comment