Pages - Menu

Wednesday 8 May 2013

Pengalaman bersalin anak ke tiga


Bismillah... kali ni ummi nak share pengalaman bersalin anak ummi yng ke tiga.. alhamdulillah..

Hmm.. nak dijadikan cerita panjang, ummi dan abi plan nak dpt ank lagi selepas birthday Buna (bulan 3 2012) tapi akhirnya ummi tangguhkan dulu dan plan dah bertukar dari bulan 4 ke bln 9 iaitu selepas bulan puasa.. alhamdulillah puasa kali ni memang ummi dan abi berdoa bersunggh-sungguh supaya Allah mengurniakan kami anak lelaki supaya dapat teman abi pergi solat di balasah (surau/masjid) ye.. hehehe

Alhamdulillah.. kita merancang, Allah juga merancang tetapi sesungguhnya perancangan Allah melebihi perancangan manusia.. segala yang berlaku sememangnya adalah takdir dan nikmat yang tidak disagka-sangka..ummi telah berpuasa penuh sepanjang Ramadhan dan tak disangka langsung bahawa itu adalah petanda ummi mengandung lagi.. alhamdulillah..

3 minggu sebelum tarikh due bersalin, ummi pergi madical check up di HUSM bersama en hubby.. Along dan Buna pula telah beberapa hari di kipnap oleh tok ba dan tok mami (terima kasih mak & bapak tolong jaga anak2 kami)... sementara ummi menunggu doktor di klinik O&G, en hubby masuk bertugas  dulu... mujurlah dekat sangat ofis en hubby kan.. selesai pemeriksaan, ummi sangat terkejut bila doktor memberitahu ummi perlu ke labour room kerana baby dah turun ke bawah dan rahim mula terbuka sebanyak 2 cm..
ummi bergegas berjumpa en hubby dan memaklumkan perkara ini, sungguh ya Allah.. ummi masih belum bersedia nak menghadapi situasi ini.. terkejut dan berdebar-debar sehingga tak lalu makan di buatnya.. ummi sebenarnya takut jika terpaksa induce ataupun czer... ummi harap sangat dapat bersalin normal seperti kelahiran sebelum ini..
Setelah beberapa jam, tiada tanda-tanda bersalin doktor membenarkan ummi pulang.. lega rasa hati ummi. mungkin belum tiba masanya lagi..
Selang dua hari kemudian, ummi rasakan pergerakan baby tak seperti biasa, jadi ummi dan en hubby bergegas ke labour room.. ummi ditahan selama 2 malam untuk dipantau pergerakan baby.. alhamdulillah setelah kmbali normal, ummi dibenarkan pulang, saiz bukaan rahim masih 3 cm waktu ini.. pada keesokkan harinya, selepas subuh ummi mula rasa sakit pinggang yang amat sangat.. dalam pukul 11 pagi ummi dan en hubby mula bersiap untuk ke HUSM dan doktor mengesahkan saiz bukaan telah mencapai 7 cm.. ummi perlu bersedia untuk bersalin.. masuk ke labour room, air ketuban pun dipecahkan.. selang beberapa minit kemudian ummi mula terasa seperti baby akan keluar lantas meminta en hubby memanggil nurse yang bertugas.. mujur nurse pantas bertindak dalam 2 kali meneran, baby selamat dilahirkan secara normal.. alhamdulillah syukur Allah memudahkan kelahiran anak kami dengan pantas tanpa sakit yang lama.. Jumaat tepat pukul 12.59 tghari lahirlah seorang putera bernama Tuan Amru Wajdi.. alhamdulillah en hubby juga sempat menunaikan solat jumaat..  marhaban ya nurul aini... putera sulung ummi dan abi..

Terima kasih juga  mak dan bapak yang telah berdoa di depan kaabah supaya kami dapat putera kali ni..

No comments:

Post a Comment