Pages - Menu

Monday, 19 May 2014

Kuala Terengganu

Assalamualaikum..
kenangan lama yang baru nak masuk post blog
secebis kenangan yang penuh bermakna.. berkampung di Kuala Terengganu selama 2 minggu apabila abi tersayang berkursus di Hospital Kuala Terengganu.

Cuaca yang panas terik di sana menambah kerisauan ummi apabila anak-anak mula demam sebaik tiba di Terengganu. Kasihan abi,hari pertama berkusus lagi terpaksa pulang awal untuk bawa anak-anak ke hostpital pula. Alhamdulillah, lama-kelamaan semuanya semakin ok dan selesa di homestay.

Homestay? ,, bercuti lama-lama tak berbaloi rasanya nak duduk di hotel. Setelah lama berfikir dan berbincang rasanya inilah tempat paling strategik dan baik untuk semua. Dekat dengan hospital dan mudah juga ummi nak memasak..kalau duduk di hotel susah nak memasak untuk anak-anak kecil kan.. tambahan lagi tempat ini berdekatan dengan pantai, memang seronok petang-petang ke tepi pantai.

Banyak aktiviti yang boleh kita lakukan di sini tapi masa tidak mengizinkan kerana jadual abi yang sangat padat.
masjid_kristal

masjid kristal_aircond lantai

masjid_kristal view

umairah and buna riding horse

again


amru_abi

dan yang paling seronok di terengganu.. kepok leko..  masa ngandungkan amru, ummi teringin nak makan. Bila dah ade di sana.. memang seronok sangat dapat makan sepuas-puasnya. Sekarang pun kalau teringat terengganu mesti teringin sangat nak makan kepok lekor ganu yang sedap tu.

Sebenarnya ini adalah kali kedua ummi ke sana selepas pertama kali semasa di USM dulu menghadiri kursus yang dianjurkan oleh Yayasan TM iaitu CIEP (Certified Intensive English Program) selama 2 bulan di Marang. Sekarang kita dah tinggal di Kelantan insyaAllah.. bila-bila nak pergi makan keropok lekor lagi tak jauhla ye..

Balik dari terengganu, anak-anak suka sangat nak naik kuda lagi, walaupun di kelantan ni ramai yang bela kuda tapi tak sure pula ummi di mana yang provide horse riding dengan kereta kuda. 

Baru-baru ni berjalan-jalan ke Pantai Sri Tujuh, rupanya-rupanya dah ade kawasan untuk menaiki kuda di situ. Harganya Rm 3 sorang untuk kanak-kanak. Alhamdulillah.. nanti kita pergi lagi ye anak-anak ummi sayang.

 thanks abi for all the happinest.


No comments:

Post a Comment