Pages - Menu

Wednesday, 12 February 2014

Jalan-jalan ke Zoo Taiping Perak


Assalamualaikum, Februari 2014

Dear anak-anak ummi dan abi,
Ini adalah gambar kita di Zoo Taiping. Dah lama ummi dan abi ingin membawa anak-anak ke sini,cuma belum berkesempatan. Alhamdulillah akhirnya kita sampai juga. Bukan ape sayang, ummi tungu anak-anak ummi besar sikit dan boleh memahami dan kagum dengan ciptaan Allah di sini. Dapat tengok haiwan secara real.. seronok kan..

Bertolak besama Tok ba, Tok mami dan Pak Di, kita berjumpa dengan Mek Uda dan Mak cik dirumah Paklong Razi dan Maklong Yati di Kuala Kangsar.. disamping menziarahi rumah baru mereka, dapatlah kita menumpang tidur semalam di sini. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.

Jika dulu harga tiket agak murah tidak termasuk tambang naik keretapi mini, tetapi kali ini harga tiket masuk kira-kira RM 15 seorang dan tiada bayaran untuk naik keretapi mini. Alhamdulillah..seronok anak-anak dapat naik keretapi sambil melihat haiwan-haiwan di dalam zoo. Dalam banyak haiwan-haiwan yang ada, tak sangka ummi anak-anak  suka tengok ikan dan memerang. Mungkin kerana haiwan yang berenang ini tidak statik seperti haiwan-haiwan lain kan..

InsyaAllah jika ade kelapangan masa, kita akan berkunjung lagi ke sini.


amru tengok memerang berenang

Amru dan Tok ba

Buna

No comments:

Post a Comment