Thursday, 10 October 2013
Duhai isteriku..
Duhai ISTERIKU.. Jika benar sucinya kasihmu padaku, tunaikanlah beberapa permintaanku ini dan jadikanlah aku lelaki yang paling bahagia di dunia dan di Akhirat..
1] Tutuplah auratmu dari pandangan lelaki yang bukan mahrammu
2] Peliharalah solat fardhumu dan dirikanlah solat sunat semampumu
3] Luahkanlah kata-kata manis yang menyejukkan hatiku
4] Hiasi bibirmu dengan senyuman yang mendamaikan kalbuku
5] Jangan kau bebani aku dengan sesuatu di luar batas kemampuanku
6] Usah kau biarkan emosi mengganggu fikiranmu
7] Jagalah hati ibu dan bapaku serta ahli keluargaku
8] Didiklah anak-anakku dengan belaian kasih sayang di jiwamu
9] Kasihi aku dan cintailah aku kerana ALLaH
10] Akhir sekali, dengar dan patuhlah dengan kata-kataku
Sesungguhnya aku tak pernah putus berdo'a agar dirimu menjadi isteri solehah buatku.. Bantulah suamimu ini, sayang.. Jangan kau campak aku ke Neraka kerana kegagalanku membimbingmu.. Jika benar tulusnya cintamu, bersabarlah denganku.. Aku tetap akan berusaha untuk membahagiakanmu sehingga ke hujung nyawaku.. Namun sekiranya tiba ajalku, halalkan setiap titis air matamu yang pernah gugur keranaku dan halalkan segala kesilapan dan kekuranganku..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment