Pages - Menu

Wednesday, 3 July 2013

Petua mudah bersalin- InsyaAllah


Peringatan untuk ummi-ummi..

  • Solat awal waktu.. jangan sesekali tinggal solat walaupun sakit...ummi ingin mengingatkan diri ummi sendiri sebab kadang2 ummi terlupa juga, kita masih perlu solat walaupun ketika sakit sebelum melahirkan zuriat kita. Darah yang keluar sebelum keluar anak dari rahim masih bukan darah nifas, jadi kita perlu qado solat jika kita tidak solat. Bahkan jika kita melahirkan anak kembar, sebelum kelahiran anak kedua, jika telah masuk waktu, maka kita wajib solat waktu itu tetapi disebabkan sakit maka kita dibenarkan untuk qado semula setelah habis tempoh nifas nanti. tapi harus ingat tau dan buat catatan.. paling senang mintak en hubby, ibu bapa dll tolong ingatkan.. darah nifas                                       
  • rajinkan diri membaca quran terutama surah maryam
  • rajin melayan suami dan tidak menyakitkan hati suami
  • berdoa bersungguh-sungguh kepada Allah setiap kali lepas solat supaya dipermudahkan proses kelahiran kelak. Hanya kepadaNya saja tempat kita mengadu kesakitan dan lemahnya tubuh kita ini.
  • melakukan urutan perineum pada trimester ketiga kehamilan - insyaAllah teknik ni memang berkesan.
    urutan perineum menggunakan myk kelapa dara/myk zaitun

  • Jangan mengurut kepada mana-mana bidan jika mengetahui bayi songsang,perkara ini adalah normal    kerana bayi akan berpusing-pusing semasa dalam kandungan. Jika hampir sampai tarikh due tetapi bayi masih songsang jangan cuba memusingkan bayi melalui bidan kerana takut terbelit tali pusat di leher bayi dan boleh menyebabkan bayi lemas dalam kandungan seeloknya bawalah berjumpa dengan Tuan Guru Al Hafiz Ustaz Haron Din di Darussyifa'. InsyaAllah Tuan Guru dapat mengikhtiarkan supaya bayi kembali kedudukan normal dengan  bacaan rukyah. 

No comments:

Post a Comment