Pages - Menu

Monday, 22 July 2013

Burung Puyuh Masak Hitam Cik Siti Asa Taman Nilam

Bismillahirrahmannirrahim.. 

Assalamualaikum..

Resepi ni ummi ambil dari ibu ummi sendiri.. "tq mak.. kakak sayang mak" :) ibu ummi ni tempat rujukan ummi untuk masak memasak ni.. hehe. kadang-kadang kena perli dengan bapa jugak.. takpela janji masakan mak paling sedap.. done dan buh dalam blog.. insyaAllah tak ilang lps ni.. :)

A . Bahan-bahan untuk dikisar:
2 sudu kecil rempah biji 
1/2 sudu kecil jintan manis
1/2 sudu kecil jintan putih
5 biji buah keras
20 biji lada kering/ cabai kering/ cili kering
2 biji bawang besar
1 inci halia
5 ulas bawang putih

B . Bahan untuk ditumis:
1 btg serai
2 helai daun pandan diikat bersama
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia dipotong halus
2 ulas bwg merah
bunga cengkih,bunga lawang,kulit kayu manis, buah pelaga

Bahan lain:
1/2 biji santan
1 paket kecil serbuk rempah kari daging/ayam
10 ekor burung
1/2 cawan kicap pekat Mudim
2 sudu garam
5 sudu gula

Cara pelaksanaannya:
  1. Tumis bahan B sehingga naik bau.
  2. Masukkan bahan A.
  3. Masukkan rempah daging dan kacau sekali sekala. Biarkan sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan burung dan biarkan masak dalam 10 ke 15 minit bergantung kepada saiznya.
  5. Masukkan santan dan kacau sekali sekala.
  6. Masukkan kicap, garam dan gula.

No comments:

Post a Comment