Pages - Menu

Monday, 20 May 2013

Penyusuan susu ibu baik untuk bayi dan ibu sendiri


Assalamualaikum sahabat... segala yang diciptakan Allah pasti ada kebaikan kan.. begitu juga susu ibu yang diciptakan Allah setelah kita melahirkan anak. Pelik kan.. bagaimana tiba2 muncul susu dari payudara kita? subhanallah.. setiap titis susu yang di minum oleh anak2 kita akan dibalas dengan ganjaran pahala yang besar di akhirat kelak.. amatlah rugi bagi ibu2 yang tidak mahu menyusukan anak2 mereka dengan memberi pelbagai alasan. Alhamdulillah, ramai ibu2 muda dan berkerjaya sekarang masih mampu menyediakan perahan susu ibu walaupun sibuk dan tidak dapat bersama anak mereka sepanjang hari.. beruntunglah sesiapa yang berusaha merebut pahala dari Allah..

Memahami Penyusuan Susu Ibu

Sambut si manja ke dunia baru yang mengkagumkan. Dunia yang menyayanginya, di mana bermulanya bibit-bibit kehidupan yang indah. Istimewa daripada anda.

Permulaan bibit-bibit kehidupan ini ialah dunia serba indah dan eksklusif dalam penyusuan susu ibu. Satu pengalaman yang unik dan lumrah yang dialami bersama oleh wanita seluruh dunia sejak permulaan zaman.

Menyusu bayi dengan susu ibu merupakan langkah panting ke arah perkembangan dan pambesaran bayi yang sihat. Ini kerana susu ibu adalah bersih, seimbang dan paling sesuai untuk bayi. la mengandungi semua khasiat dalam imbangan yang betul.

Sebenamya, susu partama anda dinamakan kolostrum dan hanya terdapat dalam susu ibu. Kolostrum mengandungi khasiat sebaiknya yang diperlukan oleh bayi anda untuk hari- hari pertama selepas lahir. Di samping itu, kolostrum juga mengandungi antibodi untuk melindungi bayi daripada jangkitan saperti cirit-birit, radang paru-paru dan selsema. Jadi, ternyata susu ibu amat penting untuk bayi sabab tiada makanan lain yang dapat mambarikan khasiat yangsahabat ini.


MENGAPA PENYUSUAN SUSU IBU PALING SESUAI UNTUK BAYI

Penyusuan ibu menampilkan aneka kelebihan untuk bayi anda. Antaranya:

-Susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi kerana ia mengandungi zat makanan dalam nisbah yang betul dan isi kandungannya berubah mengikut keperluan bayi membesar.
-Susu ibu, khasnya kolostrum, mengandungi bahan-bahan antibodi yang boleh melindungi bayi daripada jangkitan kuman dan alahan seperti cirit-birit, bronkitis dan radang paru-paru.
-Susu ibu juga mencegah penyakit seperti lelah dan sakit perut bayi.
-Susu ibu mengandungi zat khusus yang penting untuk perkembangan otak.
-la mengurangkan risiko pencemaran yang mungkin berlaku dalam kaedah penyusuan lain.
-Susu ibu memberikan khesiat terbaik untuk bayi.
Berbeza daripada susu lain, susu ibu boleh diperolehi dengan mudah pada bila-bila masa. Jadi, tiada masalah membancuh atau memanaskannya sebab ia sentiasa pada suhu yang sesuai.
-Memberikan bayi keselesaan dan ketenangan emosi yang diperlukannya.
-Menjalinkan hubungan kasih sayang yang lebih mesra antara bayi dan ibunya, berbanding dengan cara penyusuan lain.

Bukankah ini yang terbaik untuk bayi anda?

MENGAPA PENYUSUAN SUSU IBU PALING BAlK UNTUK ANDA

Menyusu bayi dengan susu ibu juga balk untuk ibu. Berikut adalah sebab-sebabnya:

-Penyusuan susu ibu dengan sepenuhnya melewatkan kedatangan haid dan dengan itu boleh mengelakkan anda daripada mengandung.
-Berita balk! Boleh melangsingkan badan kalau anda juga membuat senaman.
-la membantu rahim anda kembali ke saiz asalnya dengan lebih cepat dan mengurangkan risiko pendarahan yang berlebihan.
-la mengurangkan risiko barah buah dada dan ovari.
-Penyusuan susu ibu boleh dilakukan di mana-mana sahaja, pada bila-bila masa.

Bukankah ini menguntungkan anda?

Sumber : kebajikan-selangor.tripod.com/

No comments:

Post a Comment