Monday, 20 May 2013
Makanan yang harus dihindari masa hamil
MAKANAN YG HARUS DIHINDARI KETIKA HAMIL : ♥
Ramai dikalangan ibu hamil bertanyakan tentang makanan yang sebaik-baiknya diambil dan yang sepatutnya dihindari semasa sedang hamil. Antara makanan-makanan yang perlu dihindari ini boleh menyebabkan infeksi – infeksi seperti, salmonela, toksoplasmosis, listeria, E.coli. Kesemua yang saya sebutkan itu boleh membahayakan bayi dalam kandungan anda.
1 – Jangan makan daging mentah (sushi) atau makanan yang kurang dimasak kerana ia mengandungi toksoplasmosis iaitu parasit yang akan menyebabkan jangkitan serius kepada janin anda dan juga E.coli, yang juga berbahaya kepada ibu hamil dan kandungannya.
2 – Jangan makan daging ayam dan telur yang kurang dimasak atau mentah. hindari juga memakan hati ayam atau daging yang mentah kerana memungkinkan sumber kepada salmonela. Pastikan juga pinggan, piring dan alat-alat memasak yang terkena daging mentah ini dicuci bersih.
3 – Jangan makan sayuran yang tidak dicuci bersih/ dengan baik - Toksoplasmosis terdapat banyak pada sayuran yang tida dicuci dengan baik. Terutamanya pada salad atau ulam yang dimakan mentah. Hindari juga pada kotorn pada kucing atau semasa sedang hamil kerana ia mengandungi toksoplasmosis.
4 – Jangan makan ikan tuna steak, ikan sea bass, shark, atau ikan-ikan bersaiz besar - kerana ianya mengandungi tahap merkuri yang tinggi dimana ia akan menyebabkan kerosakan saraf jika dimakan dalam jumlah yang banyak. FDA menyarankan supaya pengambilan ikan tuna dan ikan berukuran besar ini dihadkan kepada 12 auns satu minggu.
5 – Jangan makan keju daripada susu kambing, serta susu yang tidak dipasteur - ianya mempunyai risiko pembawa listeria. Bakteria ini mampu menembusi plasenta dan menyebabkan keguguran, kelahiran pramatang, dan keracunan dalam darah. Sebaik-baiknya hindarilah makanan jenis ini sehingga saat melahirkan bayi anda tiba.
6 – Jangan minum minuman yang beralkohol yang terbukti dapat menyebabkan ketidaknormalan pada perkembangan janin dan juga masalah emosional pada bayi.
7 – Jangan minum minuman yang mengandungi kafein seperti kopi teh (seelok-eloknya dielakkan) -Ianya berpontensi menyebabkan berat badan bayi anda rendah, keguguran dan juga ia mengurangkan penyerapan zat besi.
p/s : INGAT!! perkembangan bayi dalam kandungan anda bergantung kepada apa yang anda makan semasa tempoh kehamilan anda...
Labels:
Info ibu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment