Pages - Menu

Sunday, 31 March 2013

Rindu kat along dan adik


Aduh... rasa tak tertahan rindu kat along dan adik. Sebulan sebelum due bersalin baby baru, tok mami datang ambil kedua-duanya di Jeli (rumah tok mek). Maklumlah dah dekat lima bulan tak balik Sungai Petani, tok mami rindu sangat dengan cucu-cucu ni.. hehe mak.. mak.. sanggup datang jauh nak bawak balik cucu..
Kebetulan jugak Yana dan suami balik Jeli sekejap untuk ambil air selusuh dan ubat Permata Ummi ( ubat untuk mudahkan bersalin), jadi mak tak perlu datang ke Kubang Kerian untuk mengambil Along dan Adik.
Rindu.. rindu.. bertambah rindu bila adik (along dan adik panggil Pak Di) letak gambar ni di FB.. wah seronok betul anak-anak ummi.. cian ummi duk sorang je...
Bila duduk sorang-sorang teringat gelagat along adik kat rumah dengan ummi... bila ummi nak basuh beras, along pun nak tolong masak nasi. Bila ummi nak goreng telur, adik pun sibuk nak tolong jugak.. hmm.. sungguh gaya didikan cara Rasulullah ni sangat berjaya membentuk anak-anak jadi seorang anak yang sangat baik..  kredit untuk http://ustazahsitikhadijah.blogspot.com

Nanti bila Along dan Adik balik boleh tolong ummi jaga baby pulak ye.. mmuah.. ummi cayang sangat kalian anakku..

No comments:

Post a Comment