Saturday, 27 April 2013
Kebaikan susu ibu
Hebatnya Penyusuan Susu Ibu
Petikan ni dari Mega – Utusan Malaysia (Khamis, 9hb Februari 2012.
Setiap bayi yang dilahirkan di muka bumi ini berhak untuk mendapat susu dari ibu. Susu ibu yang Allah ciptakan ini adalah makanan terbaik untuk bayi malah susu ibu juga sebagai symbol kasih sayang utuh seorang ibu kepada bayi.
1)Kebaikan susu ibu memang tidak syak lagi bahawa tiada susu lain yang boleh menggantikan khasiat yang terdapat dalam susu ibu itu sendiri.
2) Walaupun kini terdapat pelbagai khasiat yang terkandung dalam susu formula seperti yang di dakwa, ia masih tidak boleh menandingi kebaikan susu ibu dalam memenuhi keperluan bayi.
3) Tiga hari pertama selepas seorang ibu melahirkan bayi, susu yang dikeluarkan mengandungi kolestrum yang mana di dalamnya kaya dengan antibody untuk meningkatkan system pertahanan tubuh bayi. Bukan itu sahaja, susu terawal ini juga kaya dengan protein yang membekalkan tenaga untuk bayi, malah kolestrum juga memberikan kesan yang baik buat system penghadaman si kecil. Mungkin ramai yang belum tahu bahawa kolestrum membantu mengeluarkan najis bayi yang pertama di mana proses tersebut amat penting bagi “membersihkan” bilirubin yang berlebihan.
4) Selepas tiga hari, konsistensi pengeluaran susu ibu akan berkurangan di mana susu akan berubah sifat menjadi sedikit cair dan ada unsur manis serta semakin hari rasanya semakin pekat.
5) Selain itu penyusuan terus dari payu dara kepada bayi mewujudkan satu pertalian istimewa yang kukuh antara ibu dan anak, malah ikatan ini akan terus kukuh walaupun anak tidak lagi menyusu dari si ibu tebabit.
6) Kajian telah dilakukan sejak dahulu lagi bahawa bayi yang disusukan ibu menjadi rapat dengan ibu sendiri walaupun mereka telah dewasa berbanding dengan bayi yang tidak menyusu badan
Memberi susu ibu adalah tanggungjawab si ibu, namum suami atau bapa juga harus memainkan peranan penting sepanjang proses ini. Bantuan yang boleh diberikan oleh para bapa ialah dengan melancarkan lagi proses tersebut.
kredit to breastfeeding zone
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment