Saturday, 19 July 2008
Pengalaman bersalin anak pertama
Bismillah.. dengan nama Allah.. sungguh tak di sangka melahirkan anak sulung sangat memeritkan.. seperti yang kita lihat dalam tv tu.. cuma bila rasa sendiri barulah sedar kesakitaan yang Allah beri untuk mengangkat martabat seorang wanita menjadi seorang ibu.. Allahuakbar..
Sakit perut (kontraksi) bermula selepas mandi dan tengah bersiap-siap untuk ke masjid bersama En Hubby untuk solat maghrib. Siap bertelekung ummi baring seketika sebab rasa sakit memulas sangat. Bila en hubby panggil, terpaksa fikir dua tiga kali nak ikut ke tak.. rase cam tak boleh berdiri je... terpaksalah cakap nak solat dirumah je.."abg kena pergi sorang hari ni. "
selesai solat maghrib, rasa sakit makin terasa, selang setengah jam.. kemudian selang 20 minit kemudian selang 15 minit.. en hubby belum balik dari masjid lagi.. rasa risau pulak.. mungkin abg dengar tazkirah dan terus solat isyak sekali.. aduh.. terus catat masa selang berapa kali kontraksi. sahla memang nak bersalin ni.
rasa teruja pun ada.. tak sabar pun ada.. masih dapat mengukir senyum sambil tahan sakit dan catat masa..
cepatla abg balik..
tarikh due yang sebenar 4 mei 2009.. betulla tu, hari ni 3 mei..
bila en hubby sampai je, ummi pun tunjukkan kertas yang conteng-conteng tadi.. hehe betulla nak bersalin ni. Tunggu dulula, kita makan mee goreng dulu. Minta en hubby tolong belikan ye.. wa.. berselera sungguh makan sambil sakit sampai lupa nak ajak suami makan sekali.. bagus betul ummi ni.
Alhamdulillah.. pukul 12 malam mula keluar darah dan lendir, petanda nak lahirkan anak.. sakit belakang pun mula terasa.. seronok bila tengok En hubby kelam kabut masukkan barang-barang keperluan dalam kete.. maklumlah anak sulung.. agak cemas sebab takde pengalaman lagi.
10 minit drive.. sampai di hospital.. ummi bersalin di hospital USM Kubang Kerian sebab suami bertugas di situ. Senang sikit nanti boleh duduk di wad staff, suami pun boleh datang bila2 masa je.
Nak dijadikan cerita, sampai di hospital terus pergi ke emergency.. lepas daftar, rasa pelik je xde orang panggil masuk pun.. en hubby pun pergi tanya.. lorrrr ish ish.. sepatutnya terus pergi labour room.. yang datang sini buat pe.. hahaha..
labour room tu tak jauh pun tapi ummi naik ambulance sebab hubby nampak ummi sakit perut sangat.. bila masuk ambulan je muka ummi macam selamba je tak sakit.. en hubby pun kata "macam tak sakit nak bersalin je" aduh.. en hubbyku sakit tu bukan datang sentiasa ye.. sakit selang beberapa minit.. huhu harap sangat suami memahami time camni kan..
Alhamdulillah.. ummi masuk labour room pukul 2 pagi dan bersalin pukul 5 pagi.. cepat jugak tu untuk baby sulung kan.. doktor jangkakan bersalin siang hari.. alhamdulillah syukur walaupun ade luka epi, biasela tu anak sulung..
Terima kasih en hubby pinjamkan bahu untuk digigit bila ummi sakit.. hehe sampai ummi kena marah dengan misi.. pengalaman yang berharga dari kelahiran anak sulung... Tuan Amni Umairah buah hati ummi dan abi..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment